SJK(T) BANDAR SPRINGHILL
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Saturday, 12 November 2011
LAPORAN PROGRAM AKU PEMIMPIN BERWIBAWA 2011
LAPORAN PROGRAM AKU PEMIMPIN BERWIBAWA 2011
TARIKH :21 APRIL 2011
HARI : KHAMIS
TEMPAT : PANTAI BAGAN PINANG PORT DICKSON
SASARAN : SERAMAI 42 ORANG( PENGAWAS)
GURU PENGIRING: PN.N.SEEDAH (GURU BESAR)
EN.BALASUBRAMANIAM (GPK 1)
PN.R.SARASWATHY (GPK HEM)
EN.G.KANNAN(GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING)
EN.S.SUSILKUMAR / PN.V.GUNASUNDARI
EN.MOHD AZAM
Program Aku Pemimpin Berwibawa di adakan mengikut ketetapan berikut.Aktiviti Aku pemimpin berwibawa merupakan program khas diadakan kepada ahli-ahli badan pengawas Program Aku Pemimpin memberi ruangan untuk ahli-ahli pengawas supaya menjadi pemimpin pengawas yang cekap cekal dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
Aktiviti Program ini dijalankan di tepi pantai Bagan Lalang Port Dickson.Kumpulan pengawas diberi makan petang di kantin sekolah. Selepas itu bas bertolak ke destinasi pada pukul 1.00 ptg .Rombangan tiba disana kira –kira pukul 1.30 ptg.Cuaca pada masa itu sangat panas.Saya selaku guru bimbingan dan kaunseling memberi taklimat tentang perjalanan aktiviti dan objektif program ini. Seterusnya murid di bahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti.
Antara aktiviti dijalankan ialah menyelamatkan nyawa iaitu “SAVE LIFE”. Dalam aktiviti murid diberi bahan –bahan seperti telur,lidi,suratkhabar ,benang,staw, dan kertas A4 .Dengan mengunakkan bahan- bahan tersebut murid –murid perlu membina satu bentuk yang sesuai untuk menyelamatkan telur yang dianggap bayi .Kemudian bentuk itu akan dijatuhkan dari atas ke bawah.Pengadilan dibuat berdasarkan sama ada telur itu pecah atau tidak.
Selepas itu murid melakukan aktiviti PATIENT OH PATIENT.Dalam aktiviti ini murid menutup badan salah seorang rakan kumpulan dengan tisu roll yang di bekalkan .Masa di berikan dan semua kumpulan perlu menutup keseluruhan badan patient dengan penuh.
Aktiviti seterusnya ialah PETANG MENCABAR.Dalam aktiviti ini mata murid semua ahli kumpulan diikat kecuali ketua kumpulan. Selepas itu mereka perlu melalui jalan-jalan yang penuh mencabar iaitu menyebarang tunggul kayu besar,berjalan di tepi pantai yang berlumpur,berjalan berlutut dipermukaan pasir.Aktiviti ini banyak memberi teladan seperti,kesusahan hidup perlu dilalui tanpa berputus asa,sikap mendengar teliti atau arahan,sentiasa berhati-hati-,berwaspada,sikap tolong menolong,dan kerjasama yang erat yang perlu dipikul sewaktu menjalankan kerja kumpulan
Walaupun cuaca yang panas tidak mengizinkan kami melakukan namun kami meneruskan aktiviti kami selepas berehat seketika. Seterusnya diadakan permainan bolasepak.Permainan ini agak canggih dan berlainan.Dua pasukan bertanding dalam perlawanan ini.Setiap 3 peserta perlu memakai gelung yang dibekalkan Peserta tidak boleh keluar dari gelung.Peserta perlu berada dalam gelung semasa menyepak bola dan menjaringkan gol.Murid berasa ghairah dan dicabar sewaktu bermain permainan ini.
Aktiviti seterusnya pula ialah permainan bola baling .Murid gembira dan seronok melakukan aktiviti ini kerana segelitir peserta merupakan ahli pasukan bola baling sekolah.Lantaran ini permainan menjadi aktif keseluruhannya semua peserta bermain dengan bersungguh-sungguh.
Akhir sekali saya selaku ketua fasililator aktiviti merumuskan objektif program serta nilai nilai murni yang terdapat dalam aktiviti tersebut.Kami meminta 9 orang ketua kumpulan untuk menyampaikan refleksi tentang aktiviti ini.
Kira –kira pada pukul 5.30 ptg murid diberi minum petang.Selepas itu diadakan sesi pemberian hadiah kepada kumpulan yang menang.Hadiah berupa hamper dan cenderahati disampaikan kepada para pemenang dan semua peserta.Pn.Saraswathy selaku GPK HEM menyampaikan hadiah kepada para pemenang .
Sebagai penutup program saya selaku setiausaha program mengakhiri dengan ucapan terima kasih dan tahniah atas komitmen dan kerjasama kepada semua peserta agak menjadi pemimpin berwibawa .Tidak dilupa juga diucapkan ucapan terima kasih kepada guru-guru pengiring yang sudi meluangkan masa menyertai program ini.Selepas itu murid menaiki bas dan sampai disekolah pada pukul 6.30ptg.
Kelebihan progam
-Kemudahan program seperti makan minum,alatan,pengangkutan amat selesa.
-Guru pengiring yang berkomitmen.
-Aktiviti dijalankan secara sistematik.
-Murid aktif
- Tinjauan selepas program didapati pelbagai perubahan tingkahlaku sewaktu menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah.
Kelemahan
-Cuaca sangat panas.
Keseluruhanya program ini memberi manfaat yang penuh kepada para pengawas.Diharapkan iatu diteruskan pada masa akan datang.
CONTOH SURAT JEMPUTAN PERASMIAN
CONTOH SURAT JEMPUTAN PERASMIAN
Ruj Tuan :
Ruj Kami :
Tarikh : 22 September 2011
Kepada,
En.Vincent Yeong Seng Wong
Ahli Majlis MPPD
Timbalan Ketua MCA ,
Bahagian Teluk Kemang,Port Dickson
Tuan ,
JEMPUTAN UPACARA PERASMIAN
PROGRAM GENERASI BERILMU GENERASI BERINOVASI 2011
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Program Generasi Berilmu Generasi Berinovasi 2011 SJK(T) Bandar Springhill akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 15 Oktober 2011
Masa : 9.00 pagi bersamaan Hari Sabtu
Tempat : Dewan SJK (T) Bandar Springhill
2. Justeru itu, kami menjemput tuan untuk merasmikan program tersebut dan seterusnya memberi ucapan.
3. Semoga kehadiran tuan menyerikan lagi program sekolah kami. Sokongan dari pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
………………………………………
|
LAPORAN PROGRAM
LAPORAN PROGRAM MOTIVASI PSIKOLOGI 2011
TARIKH :27 JUN 2011
HARI : ISNIN
TEMPAT : DEWAN MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN
SASARAN : 52 ORANG MURID TAHUN 6
GURU PENGIRING :EN.G.KANNAN (GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING)
:CIK.L.LETHUMEY(GPK KOKURIKULUM)
:PN.ANBARASI (GURU DISPLIN)
Program motivasi psikologi ini diadakan seperti di atas. Program ini merupakan anjuran badan swasta iaitu oleh Persatuan Kumba Muni Sanmarkam .Sekolah kita dipelawa menyertai program ini.Program ini juga mendapat sambutan hebat daripada semua sekolah khususnya murid-murid india.Pelajar –pelajar dari sekolah menengah juga turut serta dalam program ini. Seramai 52 orang murid sekolah kita mengambil bahagian dalam motivasi ini.Rombongan bertolak pada pukul 2.00 ptg dan sampai di destinasi pada pukul 2.45 ptg.
Apabila kami masuk ke dewan didapati Dewan MPS penuh dengan peserta. Seramai 2000 orang peserta menghadirkan dri ke motivasi ini.Profesor Dr.Kadeer Ibrahim A.R menyampaikan ceramahnya.Antara pengisian program ceramah ialah cara-cara meningkatkatkan keberkesanan otak kita di samping meningkatkan daya ingatan.Beliau juga menekanan kaedah belajar yang mantap .Beliau juga menekan kaitan antara ulangkaji dan ingatan.
Beliau juga meneroka minda pelajar melalui berkata –kata motivasi yang meninggikan estim diri murid. Minum petang di sediakan kepada semua peserta. Program ini tamat pada pukul 5.30ptg.
KELEBIHAN
Pengisian ceramah yang mantap dan baik
-Membantu murid memotivasikan diri ke tahap yang sempurna.
-Mendapat tips –tips belajar berkesan.
-kaedah meningkatkan memori
-Mudah di fahami dan sangat jelas.
-Layanan yang baik.
-Makanan disediakan secara percuma/yuran percuma
KELEMAHAN
-Masa balik keselamatan dan pengawalan murid menjadi sukar apabila melintas jalan raya kerana kekurangan guru pengiring .
Keseluruhanya ceramah motivasi ini berjalan lancar dan memberi manfaat sepenuh ke arah perkembangan akademik murid cemerlang.Diharapkan program ini diteruskan pada masa akan datang.
Thursday, 10 November 2011
Wednesday, 9 November 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)