Saturday 12 November 2011

MOTIVASI IBUBAPA


LAPORAN PROGRAM AKU PEMIMPIN BERWIBAWA 2011

LAPORAN PROGRAM AKU PEMIMPIN BERWIBAWA 2011

TARIKH      :21 APRIL 2011
HARI           : KHAMIS
TEMPAT     : PANTAI BAGAN PINANG PORT DICKSON
SASARAN  : SERAMAI 42 ORANG( PENGAWAS)
GURU PENGIRING: PN.N.SEEDAH (GURU BESAR)
                                EN.BALASUBRAMANIAM (GPK 1)
                                PN.R.SARASWATHY (GPK HEM)
                                EN.G.KANNAN(GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING)
                                 EN.S.SUSILKUMAR  /  PN.V.GUNASUNDARI                   
                                 EN.MOHD AZAM
                      Program Aku Pemimpin Berwibawa di adakan mengikut ketetapan berikut.Aktiviti Aku pemimpin berwibawa merupakan program khas diadakan kepada ahli-ahli badan pengawas Program Aku Pemimpin memberi ruangan untuk ahli-ahli pengawas supaya menjadi pemimpin pengawas yang cekap cekal dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
                   Aktiviti Program ini  dijalankan  di tepi pantai Bagan Lalang Port Dickson.Kumpulan pengawas diberi makan petang di kantin sekolah. Selepas itu bas bertolak ke destinasi pada pukul 1.00 ptg .Rombangan tiba disana kira –kira pukul 1.30 ptg.Cuaca pada masa itu sangat panas.Saya selaku guru bimbingan dan kaunseling memberi taklimat tentang perjalanan aktiviti dan objektif program ini. Seterusnya murid di bahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti.
                 Antara aktiviti dijalankan ialah menyelamatkan nyawa iaitu “SAVE LIFE”. Dalam aktiviti murid diberi bahan –bahan seperti telur,lidi,suratkhabar ,benang,staw, dan kertas A4 .Dengan mengunakkan bahan- bahan tersebut murid –murid perlu membina satu bentuk yang sesuai untuk menyelamatkan telur yang dianggap bayi .Kemudian bentuk itu akan dijatuhkan dari atas ke bawah.Pengadilan dibuat berdasarkan sama ada telur itu pecah atau tidak.

             Selepas itu murid melakukan aktiviti  PATIENT OH PATIENT.Dalam aktiviti ini murid menutup badan  salah seorang rakan kumpulan dengan tisu roll yang di bekalkan .Masa di berikan dan semua kumpulan perlu menutup keseluruhan badan patient dengan penuh.

             Aktiviti seterusnya ialah PETANG MENCABAR.Dalam aktiviti ini  mata murid  semua ahli kumpulan diikat kecuali ketua kumpulan. Selepas itu mereka perlu melalui jalan-jalan yang penuh mencabar iaitu  menyebarang tunggul kayu  besar,berjalan di tepi pantai yang  berlumpur,berjalan berlutut dipermukaan pasir.Aktiviti ini banyak memberi teladan seperti,kesusahan hidup perlu dilalui tanpa berputus asa,sikap mendengar teliti atau arahan,sentiasa berhati-hati-,berwaspada,sikap tolong menolong,dan kerjasama yang erat yang perlu dipikul sewaktu menjalankan kerja kumpulan
            
        Walaupun cuaca yang panas tidak mengizinkan kami   melakukan namun kami meneruskan  aktiviti  kami  selepas  berehat seketika. Seterusnya diadakan permainan bolasepak.Permainan ini agak canggih dan berlainan.Dua pasukan bertanding dalam perlawanan ini.Setiap  3 peserta perlu memakai gelung yang dibekalkan Peserta tidak boleh keluar dari gelung.Peserta perlu berada dalam gelung semasa menyepak bola dan menjaringkan gol.Murid berasa ghairah dan dicabar sewaktu bermain permainan ini.
         
         Aktiviti seterusnya pula ialah permainan bola baling .Murid gembira dan seronok melakukan aktiviti ini kerana  segelitir peserta merupakan ahli pasukan  bola baling sekolah.Lantaran ini permainan menjadi aktif keseluruhannya semua peserta bermain dengan bersungguh-sungguh.

        Akhir sekali  saya selaku ketua fasililator aktiviti merumuskan objektif program serta nilai nilai murni yang terdapat dalam aktiviti  tersebut.Kami meminta  9 orang ketua kumpulan untuk menyampaikan refleksi tentang aktiviti ini.
                      Kira –kira pada pukul 5.30 ptg murid diberi minum petang.Selepas itu diadakan sesi pemberian hadiah kepada kumpulan yang menang.Hadiah  berupa hamper dan cenderahati  disampaikan kepada para pemenang dan  semua peserta.Pn.Saraswathy selaku GPK HEM menyampaikan  hadiah kepada para pemenang .

            Sebagai penutup program saya selaku  setiausaha program mengakhiri dengan ucapan terima kasih  dan tahniah  atas komitmen  dan kerjasama kepada semua peserta agak menjadi pemimpin berwibawa .Tidak dilupa juga diucapkan ucapan  terima kasih kepada guru-guru pengiring yang sudi meluangkan masa menyertai program ini.Selepas itu murid menaiki bas dan sampai disekolah pada pukul 6.30ptg.

Kelebihan progam
-Kemudahan program seperti makan minum,alatan,pengangkutan amat selesa.
-Guru pengiring yang berkomitmen.
-Aktiviti dijalankan secara sistematik.
-Murid aktif
- Tinjauan selepas program  didapati  pelbagai perubahan tingkahlaku sewaktu menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah.

Kelemahan
-Cuaca sangat panas.

Keseluruhanya program ini memberi manfaat yang penuh kepada para pengawas.Diharapkan iatu diteruskan pada masa akan datang.

CONTOH SURAT JEMPUTAN PERASMIAN

CONTOH SURAT JEMPUTAN PERASMIAN



                                                                                    
                                                                                           Ruj Tuan  :

                                                                                           Ruj Kami      

                                                                                           Tarikh       :  22 September  2011

Kepada,

En.Vincent  Yeong Seng Wong
Ahli Majlis MPPD
Timbalan Ketua MCA ,
Bahagian Teluk Kemang,Port Dickson

Tuan ,

JEMPUTAN  UPACARA PERASMIAN
PROGRAM GENERASI BERILMU GENERASI BERINOVASI 2011 

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Program Generasi Berilmu Generasi Berinovasi 2011 SJK(T) Bandar Springhill akan diadakan seperti ketetapan berikut:

                        Tarikh              :           15 Oktober 2011
                        Masa                :           9.00 pagi bersamaan  Hari Sabtu
                        Tempat            :           Dewan  SJK (T) Bandar Springhill

2.         Justeru itu, kami menjemput  tuan untuk merasmikan  program  tersebut dan seterusnya memberi ucapan.

3.         Semoga kehadiran  tuan  menyerikan  lagi  program sekolah  kami. Sokongan dari pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

………………………………………
(SEEDAH A/P NARAYANASAMY)
Guru Besar
SJKT Bandar Springhill

 

 



EVENTS

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011

When
 14NOVEMBER2011

Where
SJKT SPRINGHILL
71100 LUKUT

LAPORAN PROGRAM

LAPORAN PROGRAM MOTIVASI PSIKOLOGI 2011 


TARIKH   :27 JUN 2011 
HARI       : ISNIN 
TEMPAT : DEWAN MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN 
SASARAN : 52 ORANG MURID TAHUN 6 
GURU PENGIRING :EN.G.KANNAN (GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING) 
                             :CIK.L.LETHUMEY(GPK KOKURIKULUM) 
                             :PN.ANBARASI (GURU DISPLIN) 
Program motivasi psikologi ini diadakan seperti di atas. Program ini merupakan anjuran badan swasta iaitu oleh Persatuan Kumba Muni Sanmarkam .Sekolah kita dipelawa menyertai program ini.Program ini juga mendapat sambutan hebat daripada semua sekolah khususnya murid-murid india.Pelajar –pelajar dari sekolah menengah juga turut serta dalam program ini. Seramai 52 orang murid sekolah kita mengambil bahagian dalam motivasi ini.Rombongan bertolak pada pukul 2.00 ptg dan sampai di destinasi pada pukul 2.45 ptg. 
Apabila kami masuk ke dewan didapati Dewan MPS penuh dengan peserta. Seramai 2000 orang peserta menghadirkan dri ke motivasi ini.Profesor Dr.Kadeer Ibrahim A.R menyampaikan ceramahnya.Antara pengisian program ceramah ialah cara-cara meningkatkatkan keberkesanan otak kita di samping meningkatkan daya ingatan.Beliau juga menekanan kaedah belajar yang mantap .Beliau juga menekan kaitan antara ulangkaji dan ingatan. 
Beliau juga meneroka minda pelajar melalui berkata –kata motivasi yang meninggikan estim diri murid. Minum petang di sediakan kepada semua peserta. Program ini tamat pada pukul 5.30ptg. 


KELEBIHAN 

Pengisian ceramah yang mantap dan baik 
-Membantu murid memotivasikan diri ke tahap yang sempurna. 
-Mendapat tips –tips belajar berkesan. 
-kaedah meningkatkan memori 
-Mudah di fahami dan sangat jelas. 
-Layanan yang baik. 
-Makanan disediakan secara percuma/yuran percuma 



KELEMAHAN 
-Masa balik keselamatan dan pengawalan murid menjadi sukar apabila melintas jalan raya kerana kekurangan guru pengiring . 
Keseluruhanya ceramah motivasi ini berjalan lancar dan memberi manfaat sepenuh ke arah perkembangan akademik murid cemerlang.Diharapkan program ini diteruskan pada masa akan datang. 

Thursday 10 November 2011